Selepas merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada tahun lalu, indeks utama FBM KLCI diunjur melepasi paras 1,800 tahun ini.<br /><br />Bagaimanapun, ketidaktentuan perdagangan yang semakin meningkat dan potensi peralihan dasar AS di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump boleh menyebabkan pasaran ekuiti global menjadi tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.
